nuffnang

Friday 8 April 2011

Berfikir Secara Rasional

Menjalani kehidupan yang berliku dan penuh dengan ranjau kehidupan, seringkali membuatkan kita mudah hilang pertimbangan. Apatah lagi jika kita menerima pendapat dan pandangan daripada individu-individu yang tidak sepatutnya.
Persoalannya, bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah dengan bijak?. Kebiasaannya kita cenderung untuk meletakkan diri sebagai seorang insan yang baik tetapi sering teraniaya dan berfikiran dari satu sudut sahaja. Sebaliknya, penyelesaian masalah memerlukan kita untuk berfikir secara pro dan kontra.
Sedarkah kita bahawa, minda manusia mampu untuk menaakul dan memproses sesuatu maklumat itu tanpa had-had sempadan. Oleh yang demikian, kita harus sentiasa memastikan otak kita berada di dalam keadaan yang cerdas. Kecerdasan otak boleh dilakukan dengan mengamalkan senaman minda. Otak juga sama seperti organ badan yang lain iaitu memerlukan senaman. Senaman minda boleh dilakukan dengan cara bermain alat permainan, alat muzik, soduku, pengiraan dan membahaskan sesuatu topik atau dengan kata lain melatih otak untuk berfikir.
Cubalah untuk menyelesaikan masalah secara rasional dengan mengambil kira semua faktor-faktor yang mempengaruhinya. Berfikirlah dan letakkanlah diri anda dalam semua keadaan samaada positive atau negative. Jadikanlah masalah itu sebagai tanda aras sejauhmana kita rasional, waras dan berfikiran terbuka. Beristifarlah.

No comments:

Post a Comment